aliff

aliff

Rabu, 27 Ogos 2014

Baby menangis 100 hari, Kolik dan Sawan Tangis.


Assalamualaikum


Hari ini sya nak kongsikan dengan semua pengalaman sya berhadapan dengan "baby kolik" atau lebih dikenali dikalangan masyarakat melayu sebagai "sawan tangis".

Sejak lahir sampailah 3 bulan, Aliff asyik menangis tanpa sebab, bukan menangis sebab lapar atau tidak selesa dengan pampers yang dipakai, tapi menangis setiap masa lagi-lagi bila masuk petang hinggalah ke malam. Kalau menangis comel-comel takpe lagi, ini sampai satu taman dengar, pastu tegangkan badan dan mulalah muntah, tersedak. Melihat keadaan Aliff macam tu, mulalah atuk dengan nenek Aliff panik nak bawa jumpa pakar perubatan traditional.. Kalau atuk dan nenek Aliff pun dah panik, inikan pula ibu Aliff yang langsung tak tau apa-apa ni kan..

Bila masuk kerja bos sya ada berkongsi sedikit ilmu mengenai anak pertama dan kondisi yang Aliff lalui. Ia dinamakan "Hundred Days Crying" or "Colic".

Okay. sekarang jom kita tengok sumber si ibu Aliff dapat dari Mr.Google yang pintar.. =D


Apa itu Kolik?? Kolik adalah dimana keadaan seorang bayi yang sihat tiba-tiba menjadi pemarah, cerewet dan menangis tanpa sebab. Walapupun banyak teori berkenaan Kolik, tetapi tiada satu pun penjelasan yang dipersetujui mengenai apakah sebenarnya Kolik. Terdapat pendapat popular mengatakan bahawa kolik disebabkan oleh pengumpulan buih-buih gas dalam perut bayi yang masih belum matang yang menyebabkan ketidakselesaan dan kekejangan kepada bayi.Dan ditambah pula dengan keletihan dan ketidakselesaan bayi terhadap kebisingan/aktiviti yang keterlaluan di persekitarannya. Pendapat ini sya akui kebenarannya kerana Aliff sering muntah selepas menyusu (kesan daripada penolakan gas-gas yang terkumpul dari dalam perut) dan Aliff sangat tidak selesa dan menangis tanpa henti ketika berada di tempat yang bising.


Rumusan ringkas mengenai Kolik:-


  • Kolik berlaku kepada kira-kira 50% bayi
  • Kajian menunjukkan bahawa anak sulung lelaki lebih mudah terkena kolik berbanding anak perempuan sulung tanpa sebab-sebab yang diketahui.
  • Ianya selalu bermula pada minggu ke-2 atau minggu ke-3 selepas kelahiran.
  • Apabila kolik berlaku, bayi akan menangis kira-kira 2 hingga 4 jam sehingga dia menjadi penat dan tertidur dengan sendirinya.
  • Ubat-ubatan tidak mampu membantu bayi berhenti menangis
  • Kolik beransur pulih selepas bayi berumur 3 bulan

Tanda-tanda Kolik:-

  • Bayi akan menangis sehingga mukanya menjadi merah dan dia kelihatan seperti sedang menarik nafasnya.
  • Lututnya mungkin akan ternaik keatas perutnya dan dia akan menjadi terlalu tegang dan menangis sambil bahunya melengkung.
  • Bayi kelihatan seperti lapar dan ingin disusukan tetapi apabila disusukan dia mungkin akan minum sedikit sebelum menolak lalu menangis.
  • Bayi akan menjeluak(muntah) dengan lebih kerap dan banyak.
  • Bayi tidak bersendawa dengan betul dan kelihatan seperti menogok susunya.
  • Semasa tidur, bayi kelihatan resah, kerap kali mengeliat dan berdehem dengan nyaringnya.
  • Bayi mungkin akan tiba-tiba terpekik dalam tidurnya lalu menangis.
  • Perutnya terasa seperti kembung dan tegang.

Bayi yang terkena kolik selalunya memberi reaksi kepada pergerakan berirama dan bunyi-bunyi yang beraneka.

Untuk menenangkan bayi yang terkena kolik, bolehlah mencuba perkara-perkara berikut:-

 
  • Memegang bayi dalam posisi menegak atau bersandar dibahu.
  • Menghayun dengan perlahan bayi mengikut rentak dan bunyi-bunyian (seperti kipas dan lain2)
  • Dukung bayi menggunakan kain gedung sambil berjalan-jalan.
  • Memberi bayi mandian hangat.
  • Bersiar-siar dengan menaiki kereta.
Lazimnya, tiada satu cara pun yang benar-benar pasti dapat menghentikan tangisan bayi kolik. Anda juga akan dapati jika cara berkesan pada hari ini mungkin tidak akan berkesan pada hari kemudiannya.

Ubat-ubatan

Selalunya doktor tidak akan memberi ubat untuk bayi bawah 6 bulan.. Cuma dari pengalaman sya, doktor akan suruh kita mengubah teknik penyusuan bagi mengurangkan muntah. Beri susu dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Dan mungkin juga doktor menasihatkan untuk mengambil susu formula khas untuk bayi yang kerap muntah. Susu formula Khas diberi, diselang selikan dengan susu ibu/badan. 

Bos sya pula mencadangkan sya memberi sedikit gripe water untuk Aliff setiap kali lepas mandi. Alhamdulillah, lepas bagi gripe water Aliff kurang muntah dan semakin selesa.. =)


   
Nota kecil: Ingat yer, apabila bayi menangis ia tidak bermakna dia dalam kesakitan. Bayi menangis kerana beberapa sebab. Dan pada peringkat usia yang tersangat muda itu, itulah salah satu caranya dia berkomunikasi dengan kita.Jadi sebelum anda panik dan mengesyaki bayi anda terkena kolik, bertenanglah dahulu dan periksa jika ada sebab lain yang menyebabkan bayi anda menangis.. 

Sya harap sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua..
Thanks for reading. 




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Esha untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Esha
Shaklee ID : 1148971
017-610 2086 (SMS, WhatsApp)
syakurnia@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan