aliff

aliff

Sabtu, 9 Ogos 2014

Usaha dahulu kemudian Tawakkal kepada Allah

Ada sesetengah orang Islam yang terkeliru tentang konsep takdir (Qada’ dan Qadar). Mereka secara mudah menganggap bahawa takdir telah ditentukan oleh Allah s.w.t. sejak azali lagi dan dengan itu mereka beralasan untuk tidak berusaha.
Hakikatnya, setiap manusia tetap berkewajipan untuk berusaha dan berikhtiar, bukan hanya berserah diri semata-mata. Memang benar semua perkara ditentukan oleh Allah, tetapi manusia diberi pilihan-pilihan untuk mencorakkan hidupnya sendiri.
Ada satu kisah, dimana Nabi Muhammad s.a.w. bertanya kepada seorang Badwi yang meninggalkan untanya tanpa ditambat, 
“Mengapa kamu tidak menambat unta kamu?”
Orang Badwi itu menjawab, 
“Aku serahkan takdir dan bertawakkal kepada Allah s.w.t ”
Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya menjawab, 
“Ikatkan dahulu untamu itu, kemudian barulah bertawakkal”.
Sesungguhnya umat Islam perlu percaya pada Qada’ dan Qadar Allah, disamping itu kita juga perlu berusaha demi mengelakkan malapetaka atau mengurangkan risiko menanggung kerugian. Dalam kes di atas sebagai contoh, perlu untuk orang badwi itu berusaha menjaga keselamatan untanya dengan mengurangkan kebarangkalian kehilangan, barulah kemudian bertawakkal kepada Allah dan redha akan ketentuanNya.
Allah s.w.t. berfirman:

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib/keadaaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka. (Ar-Ra’d: 11)

Doa

وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدۡعُونِيٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡ
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.(Al-Mukmin: 60)

Sabda Rasulullah s.a.w :

(لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ الدُّعَاءُ، وَلاَ يُزِيْدُ فِى الْعُمْرِ إِلاَّ الْبِرُّ) -الترمذي-
“Tidak ada yang boleh mengubah takdir Allah kecuali doa.”
Dalam Islam banyak ditekankan berkenaan dengan doa. Doa lah kekuatan seorang muslim, doa dapat mendekatkan diri kita dengan pencipta. Doa disyariatkan dalam Islam pada dasarnya untuk mengubah nasib seseorang, kerana, apalah gunanya seseorang berdoa kalau bukan untuk mengharap perubahan daripada Allah, samaada perubahan umur dengan dipanjangkan umur, atau mengharap rezeki dengan meminta ditambahkan rezeki.
Nota pendek: Marilah kita semua berusaha dan berubah kearah yang lebih baik.. =)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan