aliff

aliff

Khamis, 4 September 2014

Masa Mandi Untuk Si Kecik Comel..!!

Assalamualaikum...

Kali ni Sya nak kongsikan info masa untuk mandikan baby, khas untuk pengetahuan bakal-bakal ibu.. =)



Untuk pengetahuan semua, baby sangat-sangat gemarkan air. Apa tidaknya, hampir 9 bulan baby berenang dalam kolam amnion sebelum dia dilahirkan.Jadi, bergembiralah bersama si kecik comel anda di waktu mandi!!!

Setengah ibu baru mendapati masa memandikan baby amat menggerunkan kerana tali pusat baby masih belum tercabut dan agak sukar untuk mengawal baby terutamanya ketika baby basah dan licin. 
Tetapi, lama-kelamaan masa memandikan baby akan menjadi aktiviti yang menyeronokkan bagi kebanyakan ibu.
Bukan sahaja baby akan bersih dan berbau segar tetapi ia juga peluang untuk merapatkan jalinan kemesraan ibu dan anak. =)




Berikut 3 langkah terbaik untuk masa yang menyeronokkan:-
  • Bersiap sebelum bermula.  Sediakan tuala, pakaian bersih, produk penjagaan bayi, napkin atau lampin. Tutupkan pendingin udara atau kipas dan pastikan barang keperluan berada berdekatan sebelum memandikan baby. 
  • Jangan tinggalkan baby bersendirian dalam bilik air. Baby tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan walaupun hanya beberapa saat. Mereka boleh lemas dalam air yang hanya 15 sentimeter. Jika menerima panggilan telefon atau terpaksa beredar ke dapur, tualakan dan bawa bersama baby anda. 
  • Rileks dan berseronok bersama. Baby akan merasa tertekan jika anda cuba melakukan banyak perkara pada satu masa seperti memasak, bercakap di telefon, memperlahankan televisyen, mengeluarkan pakaian dari mesin basuh dan lain-lain. Semuanya boleh dilakukan kemudian. 
Terdapat banyak buku penjagaan baby yang memberikan penerangan terperinci tentang cara yang betul untuk memandikan baby, biasanya bermula dengan membasuh muka dan rambut baby sebelum memasukkan baby ke dalam tab mandi. Tiada cara yang betul atau salah, dan lama-kelamaan semua akan menjadi biasa dan mudah.


Yang penting ialah perkara asas seperti berikut:

Sediakan air suam

Walaupun dalam cuaca panas, teramatlah penting untuk memandikan baby dengan air suam kerana tubuh baby menjadi sejuk dengan cepat. Gunakan tangan anda untuk merasa suhu air sebelum memasukkan baby ke dalam tab. Jangan terlalu panas pula yer!!!

Sabun

Penggunaan sabun tidak diwajibkan, tapi ia memberikan bau segar yang berpanjangan pada baby. Gunakan sabun bayi hipo-alergi dan sentiasa berhati-hati supaya tidak terkena pada mata baby anda.

Pegang dengan betul

Cara yang betul untuk memegang baby semasa mandi ialah mengendongnya dengan satu tangan dan membiarkan satu tangan lagi bebas untuk menyiram air, menggosok sabun dan mencapai tuala kering apabila selesai memandikannya. Ini memerlukan sedikit latihan tetapi ia akan menjadi mudah setelah anda sudah membiasakan diri.

Jangan mandikan baby terlalu lama

Baby sememangnya merasa seronok ketika mandi, tetapi 5 ke 8 minit sudah mencukupi untuk bergembira sebelum air mulai sejuk. Cara untuk mengetahui air sudah sejuk ialah apabila baby mula bersin!

Keringkan baby sebelum mengenakan pakaiannya

Keringkan bahagian belakang telinga, di celah jari, ketiak, dagu dan bahagian di antara perut dan pangkal peha sebelum mengenakan pakaian untuk mencegah ruam.

Urut baby anda

Hah ini best.. Setelah memakaikan lampin, luangkan sedikit masa untuk sesi mengurut sebelum mengenakan pakaian untuk baby anda. Cukup dengan hanya menggosok losen atau minyak bayi di seluruh kaki atau tubuh untuk beberapa minit. 

Berapa kali sehari?

Sesetengah ibubapa bertegas yang baby mesti mandi satu kali sehari je, biasanya pada waktu pagi, diikuti dengan mengelapnya dengan kain basah pada waktu petang untuk mengelakkannya dari demam. Ada juga yang memandikan baby dua kali sehari atau lebih kerap semasa cuaca panas apabila baby berpeluh dan melekit. Ikutilah keadaan semasa dan keperluan baby, anda lebih memahami si comel anda! ;-)

Sya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua..

Thanks for reading!!


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Esha untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Esha
Shaklee ID : 1148971
017-610 2086 (SMS, WhatsApp)
syakurnia@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan