aliff

aliff

Rabu, 27 Ogos 2014

Baby menangis 100 hari, Kolik dan Sawan Tangis.


Assalamualaikum


Hari ini sya nak kongsikan dengan semua pengalaman sya berhadapan dengan "baby kolik" atau lebih dikenali dikalangan masyarakat melayu sebagai "sawan tangis".

Sejak lahir sampailah 3 bulan, Aliff asyik menangis tanpa sebab, bukan menangis sebab lapar atau tidak selesa dengan pampers yang dipakai, tapi menangis setiap masa lagi-lagi bila masuk petang hinggalah ke malam. Kalau menangis comel-comel takpe lagi, ini sampai satu taman dengar, pastu tegangkan badan dan mulalah muntah, tersedak. Melihat keadaan Aliff macam tu, mulalah atuk dengan nenek Aliff panik nak bawa jumpa pakar perubatan traditional.. Kalau atuk dan nenek Aliff pun dah panik, inikan pula ibu Aliff yang langsung tak tau apa-apa ni kan..

Bila masuk kerja bos sya ada berkongsi sedikit ilmu mengenai anak pertama dan kondisi yang Aliff lalui. Ia dinamakan "Hundred Days Crying" or "Colic".

Okay. sekarang jom kita tengok sumber si ibu Aliff dapat dari Mr.Google yang pintar.. =D


Apa itu Kolik?? Kolik adalah dimana keadaan seorang bayi yang sihat tiba-tiba menjadi pemarah, cerewet dan menangis tanpa sebab. Walapupun banyak teori berkenaan Kolik, tetapi tiada satu pun penjelasan yang dipersetujui mengenai apakah sebenarnya Kolik. Terdapat pendapat popular mengatakan bahawa kolik disebabkan oleh pengumpulan buih-buih gas dalam perut bayi yang masih belum matang yang menyebabkan ketidakselesaan dan kekejangan kepada bayi.Dan ditambah pula dengan keletihan dan ketidakselesaan bayi terhadap kebisingan/aktiviti yang keterlaluan di persekitarannya. Pendapat ini sya akui kebenarannya kerana Aliff sering muntah selepas menyusu (kesan daripada penolakan gas-gas yang terkumpul dari dalam perut) dan Aliff sangat tidak selesa dan menangis tanpa henti ketika berada di tempat yang bising.


Rumusan ringkas mengenai Kolik:-


  • Kolik berlaku kepada kira-kira 50% bayi
  • Kajian menunjukkan bahawa anak sulung lelaki lebih mudah terkena kolik berbanding anak perempuan sulung tanpa sebab-sebab yang diketahui.
  • Ianya selalu bermula pada minggu ke-2 atau minggu ke-3 selepas kelahiran.
  • Apabila kolik berlaku, bayi akan menangis kira-kira 2 hingga 4 jam sehingga dia menjadi penat dan tertidur dengan sendirinya.
  • Ubat-ubatan tidak mampu membantu bayi berhenti menangis
  • Kolik beransur pulih selepas bayi berumur 3 bulan

Tanda-tanda Kolik:-

  • Bayi akan menangis sehingga mukanya menjadi merah dan dia kelihatan seperti sedang menarik nafasnya.
  • Lututnya mungkin akan ternaik keatas perutnya dan dia akan menjadi terlalu tegang dan menangis sambil bahunya melengkung.
  • Bayi kelihatan seperti lapar dan ingin disusukan tetapi apabila disusukan dia mungkin akan minum sedikit sebelum menolak lalu menangis.
  • Bayi akan menjeluak(muntah) dengan lebih kerap dan banyak.
  • Bayi tidak bersendawa dengan betul dan kelihatan seperti menogok susunya.
  • Semasa tidur, bayi kelihatan resah, kerap kali mengeliat dan berdehem dengan nyaringnya.
  • Bayi mungkin akan tiba-tiba terpekik dalam tidurnya lalu menangis.
  • Perutnya terasa seperti kembung dan tegang.

Bayi yang terkena kolik selalunya memberi reaksi kepada pergerakan berirama dan bunyi-bunyi yang beraneka.

Untuk menenangkan bayi yang terkena kolik, bolehlah mencuba perkara-perkara berikut:-

 
  • Memegang bayi dalam posisi menegak atau bersandar dibahu.
  • Menghayun dengan perlahan bayi mengikut rentak dan bunyi-bunyian (seperti kipas dan lain2)
  • Dukung bayi menggunakan kain gedung sambil berjalan-jalan.
  • Memberi bayi mandian hangat.
  • Bersiar-siar dengan menaiki kereta.
Lazimnya, tiada satu cara pun yang benar-benar pasti dapat menghentikan tangisan bayi kolik. Anda juga akan dapati jika cara berkesan pada hari ini mungkin tidak akan berkesan pada hari kemudiannya.

Ubat-ubatan

Selalunya doktor tidak akan memberi ubat untuk bayi bawah 6 bulan.. Cuma dari pengalaman sya, doktor akan suruh kita mengubah teknik penyusuan bagi mengurangkan muntah. Beri susu dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Dan mungkin juga doktor menasihatkan untuk mengambil susu formula khas untuk bayi yang kerap muntah. Susu formula Khas diberi, diselang selikan dengan susu ibu/badan. 

Bos sya pula mencadangkan sya memberi sedikit gripe water untuk Aliff setiap kali lepas mandi. Alhamdulillah, lepas bagi gripe water Aliff kurang muntah dan semakin selesa.. =)


   
Nota kecil: Ingat yer, apabila bayi menangis ia tidak bermakna dia dalam kesakitan. Bayi menangis kerana beberapa sebab. Dan pada peringkat usia yang tersangat muda itu, itulah salah satu caranya dia berkomunikasi dengan kita.Jadi sebelum anda panik dan mengesyaki bayi anda terkena kolik, bertenanglah dahulu dan periksa jika ada sebab lain yang menyebabkan bayi anda menangis.. 

Sya harap sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua..
Thanks for reading. 




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Esha untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Esha
Shaklee ID : 1148971
017-610 2086 (SMS, WhatsApp)
syakurnia@gmail.com

Selasa, 26 Ogos 2014

Jangan Berhenti Berikhtiar untuk hamil

Assalamualaikum,

Sya upkan artikel ni sebab ramai yang tanya sya berkenaan set kesuburan. Ada sahabat yang dah bertahun-tahun kahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. 

Betul, anak itu rezeki dari Allah. Pelengkap hidup suami dan isteri. Semua yang berkahwin pasti menginginkan anak tetapi ada yang masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga. Luluh hati sya bila ada yang mengadu, cemuhan, ejekan, cacian dan kritikan sudah lali di telinga, usia makin meningkat, air mata sudah banyak mengalir memikirkan apa salah diri sehingga di uji begini hebat.

Bersabarlah wahai sahabat, berikhtiarlah, jangan berputus asa, pasti kita sebagai hambanya layak diuji, sedangkan Nabi Zakaria pun diuji Allah inikan kita manusia biasa. Ingat lagi tak cerita Nabi Zakaria? Di usia tuanya, dengan rambut putih memenuhi setiap ruang kepala, dengan keadaan isterinya yang mandul, beliau masih tidak berputus asa berdoa kepada Allah..

Surah Maryam ayat 4-6:
"Ya Tuhanku, Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku.

Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub, dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai"

disambung lagi dalam surah Ali Imran ayat 38:
"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa"

Akhirnya doa Nabi Zakaria dikabulkan oleh Allah, dan mengandunglah isterinya, lalu anak yang lahir dinamakan Yahya.. Subhanallah. . Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. 

Dalam kisah ini, keadaan Nabi Zakaria dan isteri yang sangat tua dan mandul, rasa mustahil untuk ada anak. Tapi bagi Allah tiada yang mustahil dan sukar, semuanya mudah bagi Allah. Jadi, berusahalah dan jangan berputus asa, In shaa Allah pasti ada rezeki yang Allah akan kurniakan. So please never give up yer...

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Penawar hati dan pengikat kasih antara suami isteri.

Okay...
Sebenarnya, banyak faktor yang menentukan tahap kesuburan seseorang itu.

Kesihatan diri individu itu samada lelaki mahupun perempuan adalah faktor utama yang menentukan samada anda mampu menghasilkan sperma yang sihat bagi si suami atau telur yang matang bagi si isteri.



Pakar Sakit Puan, Dr Hamid Arshat turut menitikberatkan pengambilan supplemen seperti Multivitamin, Vit E, Vit C, Folic Acid dan lain-lain sebagai salah satu usaha meningkatkan kesuburan suami isteri.  

Kebiasaannya pasangan suami isteri yang sudah berkahwin lebih daripada setahun namun masih belum dikurniakan zuriat, dinasihatkan berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan lanjut. 

Mungkin dari luar kita nampak sihat je. Tetapi dari dalam kita tak tahu mungkin ada yang kurang. Sebaiknya suami isteri bersama-sama pergi menjalani pemeriksaan.

Check apa masalah dalam badan yang mungkin menyebabkan kesukaran untuk hamil bagi sesetengah wanita. 

Di sini Sya nak share tentang supplement Shaklee yang sesuai diambil oleh kedua-dua pasangan suami isteri yang sedang berusaha mendapatkan zuriat. Mana tahu, jika sebelum ini sudah bermacam-macam ikhtiar dilakukan, mungkin Shaklee yang sesuai dan berkesan bagi tubuh kita..

A) Vitamin Asas (Family Wellness Set):

*ESP, Vita-Lea, B-Comp dan Vit-C adalah vitamin asas, dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

(1) Energising Soy Protein – Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. 

ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. 

(2) Vita-Lea (Multivitamin) – Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

(3) Vitamin C – Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum. Ia juga membantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen dan progesteron. 

(4) B-Complex with Folic Acid - Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral. Ia turut memberi tenaga, perasaan tenang dan anti-stress.

B) Vitamin Kesuburan:-

(5) GLA Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah dan likat, dan sangat membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). 

Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

(6) Alfalfa Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

(7) Vitamin E dan Selenium – Terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA dan DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita. 

Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

(8) Zinc Complex – Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. 

Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. 

Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

(9) COQHealth - Coenzyme Q10 (CoQ10) berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel badan. Ia ibarat vitamin yang boleh dijumpai di dalam organ yang mempunyai banyak tenaga seperti jantung, hati, ginjal dan pancreas.

Para saintis memberikan teori bahawa CoEnzyme Q10 menggalakkan penghasilan tenaga bagi sperma untuk bergerak lebih laju menuju telur ovum. Maka ia dapat memperbaiki kualiti sperma kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

***Peringatan: Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja. Taraf kesihatan anda suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa! TIADA JAMINAN anda akan terus mengandung selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini. 

Info Credit to: Genkimomma[dot]net.

Ini adalah antara testimony mereka yang berjaya hamil selepas mengamalkan Set Kesuburan Shaklee:-









Jadi, sekiranya anda atau ada ahli keluarga dan kawan-kawan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat, mungkin boleh cuba cadangkan Set Kesuburan di atas. Semoga usaha ini akan diberkati Allah, dan mereka dikurniakan zuriat yang sihat, soleh dan solehah. Amin.

Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.
=)


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Esha untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Esha
Shaklee ID : 1148971
017-610 2086 (SMS, WhatsApp)
syakurnia@gmail.com

GLA COMPLEX dan EPO (Evening Primrose Oil)

Assalamualaikum,

Hari ini sya nak berkongsi dengan anda tentang salah satu produk Shaklee, iaitu GLA Complex, yang sering dikaitkan fungsinya yang lebih kurang sama dengan Evening Primrose Oil (EPO).




 EVENING PRIMROSE OIL (EPO) VS. GLA COMPLEX SHAKLEE

Apa beza GLA dan EPO? Shaklee ada jual EPO ke?

1) EVENING PRIMROSE OIL (EPO)

Ok, ramai antara kita yang dah pun mengenali Evening Primrose Oil (EPO) sebagai vitamin yang baik untuk wanita kan. Ia banyak dijual di farmasi-farmasi. 

Sebenarnya, dalam Evening Primrose Oil (EPO) itu ada GLA (GAMA LINOLEIK ACID). 

GLA merupakan bahan binaan bagi PROSTAGLANDIN, yang merupakan bahan HORMON dalam badan. 

Jadi sebab itulah Gama Linoleik Acid ni bagus untuk menstabilkan kembali hormon dalam badan, terutama bagi wanita yang ada masalah hormon tidak stabil ataupun disebabkan menopaus. 

2) GLA COMPLEX SHAKLEE

Tapi ramai yang TAK TAHU bahawa dalam MINYAK BORAGE juga ada GLA. Malah, ia mengandungi lebih dari KANDUNGAN 2 KALI GANDA GLA dalam EPO. 

Minyak Borage juga adalah 3 KALI GANDA LEBIH MUDAH DISERAP oleh badan (bioavailability) dan 3 KALI LEBIH BERKESAN dari EPO. 

Oleh sebab itu, GLA COMPLEX SHAKLEE menggunakan BUNGA BORAGE sebagai BAHAN UTAMA. 

Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA yang mana ia adalah sumber terbaik OMEGA-6. 

Shaklee mengestrak GLA dari Borage yang ditanam secara organic dikawasan Sakatchewan.

Kenapa produk Shaklee disebut GLA COMPLEX. Kenapa tak disebut Minyak Borage sahaja?

Ini kerana GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi Minyak Borage dan juga bahan-bahan berikut:-
  • Asid Gamma Linolenik (GLA) 
  • Asid Linolenik (LA)
  • Minyak Bunga Matahari 
  • Vitamin E
Kombinasi ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.   

Bioavailabiti (kadar penyerapan) juga telah dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik. 

Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. 

Jadi, sekarang anda dah ada jawapan yer sama ada nak beli EPO atau GLA Complex Shaklee. 

Anda nilaikanlah sendiri. Jadilah pengguna yang bijak. Jangan pening-pening lagi. Hihi...

Saya dan rakan-rakan saya yang cantik dan jelita semuanya memilih GLA Complex Shaklee.

GLA Complex ni sesuai untuk WANITA sahaja ke?

Ok, ramai juga yang bersalah anggap bahawa GLA hanya untuk wanita. 

Sebenarnya supplemen GLA asid linoleik adalah sama penting dengan asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Ianya hanya diperoleh dari makanan.

Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan),remaja, dewasa, dan juga lepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).

MANFAAT GLA COMPLEX SHAKLEE

1. Herba Tradisi Yang Dipercayai
Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal Selia Estrogen dan Testosterone
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan perempuan, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan Menopaus
Memperbaiki keadaan Menopaus seperti, hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki Prostatomegaly
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

5. Menentang Kanser
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

6. Memperbaiki Inflamasi Kulit
Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap, Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatism, arthritis.

7. Menghalang Komplikasi Diabetes
Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringkan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

8. Pelangsingan dan Menghalang Tambah Berat Badan
Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone kepada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil masa perut kosong untuk mengelakkan keasidan hiper.

9. Menghalang Tekanan Darah Tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti arteriosklerosis, dan myocardial infraction.

10. Memperbaiki Tekstur Rambut
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.

11. Hiperaktif dan Autisma (ADD/ADHD)
Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak seperti berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Thanks for reading! :)


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah?

Hubungi Esha untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

 
Esha
Shaklee ID : 1148971
017-610 2086 (SMS, WhatsApp)

syakurnia@gmail.com



Badan, Mata dan Kulit sihat dengan CARATOMAX...

CARATOMAX

 

Perbezaan Shaklee:

Pengambilan purata karotenoid lutein, likopena, dan beta karotena adalah hanya 8 mg. CarotoMax membekalkan lebih 13mg (21,500IU) karotenoid berfaedah ini.

CarotoMax baru ini mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidant seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dll. 

Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena didalam darah,  seterusnya memelihari kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

Manfaat Utama:

·        Lebih Selamat Dari Vitamin A
Penemuaan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu vitamin A. Didapati juga pengambiln berlebihan vitamin A akan menyebabkan toksisiti. 

Walaubagaimanapun ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu precursor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.

·        Mempertingkatkan Penglihatan
Ia menghasilkan “ungu visual” yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan didalam gelap. 

Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti, nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic,  astigmatism, exrophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, eye bags dan gegelung hitam dimata.

·       Meredakan Penyakit Kulit
Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne. Penggunaan luaran untuk merawat pustule, scabies, akne, ulser kulit.

·       Melindungi Epithelial
       Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovary semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

·       Melawan Kanser dan Oksidasi
       Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan  sistem Imun,  melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser. 

Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser pau-paru dan  payudara. Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

·       Menghalang Infeksi
       Merangsang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma, flu dan selesema

·       Menggalakkan Perkembangan Normal dan Sihat
       Merangsang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut,  kulit, membrane mukosa, gigi sihat,  gusi dan system reproduksi. Juga penghasilan sperma yang sihat.
Mengapa CarotoMax?
Mengandungi fitokimia semulajadi yang penting untuk mata sihat, kulit dan membrane mukosa.
1.      Alpha Carotene
Untuk penglihatan malam, mata sihat , menghalang degenerasi penglihatan

2.      Beta Carotene
Memperbaiki kulit dan mempercepatkan pemulihan luka.
Mempertingkatkan sistem imun, mengurangkan risiko kanser usus, payudara dan prostat.

3.      Lycopene
Bersifat anti-oksida, menghalang penuaan organ.
Untuk serviks yang sihat, kitaran jantung dan system Imun.
Mengurangkan penyakit kelenjar prostat.

4.      Astaxanthin
Pigmen didalam alga & fitokimia memberikan warna pink ikan salmon.
Walaubagaimanapun, Shaklee menuai karotenoid astaxanthin dari mikroalga laut, sumber poten dan tulen. Melindungi kerosakkan oksidasi kolesterol LDL.

5.      Lutein
Menyekat katarak, AMD (age related macular disease/ penyakit makular berkaitan umur), glaucoma.

6.      Zeaxanthin
Melindungi mata, menuras cahaya gelombang biru pendek berbahaya.
Mengurangkan risiko kanser payudara ovary, endometrial dan serviks.

 


Mengapa Warna Kulit Kuning?

Warna kulit sebilangan  kecil pengguna akan menjadi kuning selepas mengambil beta karotena, walaubagaimanapun ini bukan penyakit jaundis. 

Carotomax adalah warna semulajadi botanic. Apabila usus kecil mengubah beta karotena menjadi  Vitamin A, ia merangsang sekresi hempedu (berwarna kuning). 

Serta detoksifikasi hati dan gallbladder dan mengalir bersama darah ke tapak tangan kita. Proses detoksifikasi semulajadi dan anti-oksidasi biasanya akan berlalu untuk beberapa bulan dan akan menghilang secara perlahan menghasilkan kulit yang baru dan cantik.


Diharap info ini berguna untuk semua..




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Esha untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Esha
Shaklee ID : 1148971
017-610 2086 (SMS, WhatsApp)

syakurnia@gmail.com